KASUT Air Jordan 1 dijual pada harga RM2.34 juta. FOTO Ihsan website Sotheby's
KASUT Air Jordan 1 dijual pada harga RM2.34 juta. FOTO Ihsan website Sotheby's
AFP

New York: Sepasang kasut sniker Air Jordan 1 yang pernah dipakai Michael Jordan mencatat rekod dunia apabila dijual pada harga AS$560,000 (RM2.34 juta) dalam satu lelongan oleh syarikat pembida Sotheby's, semalam.

Harga yang ditawarkan itu adalah rekod tertinggi bagi bidaan kasut bola keranjang.

Kasut berwarna putih, hitam dan merah itu dibuat khas untuk Jordan pada 1985 dan ditandatangani sendiri lagenda NBA itu.

Ia melepasi rekod kasut sniker Nike keluaran 1972, 'Moon Shoe' yang dijual pada harga AS$437,500 (RM1.8 juta) juga dijual oleh Sotheby.

Kasut Air Jordan 1 dalam skema warna 'Chicago', adalah model yang paling simbolik dalam generasinya, dengan mudah melepasi anggaran pra jualan Sotheby antara AS$100,000 hingga AS$150,000.

Air Jordan 1 adalah model istimewa yang dihasilkan Nike untuk Jordan yang dipakai ketika musim pertama lagenda bola keranjang itu di NBA.

"Kasut Air Jordan 1 adalah sniker yang paling ikonik sepanjang masa.

"Mereka sangat dikenali dan mempunyai banyak nostalgia yang mana saya fikir memberikan daya tarikan sangat istimewa.

"Faktanya, kasut yang dipakai Michael Jordan inilah yang membawa mereka ke tahap lebih tinggi," kata penjual dan pengumpul Jordan Geller kepada AFP.

Berbeza dengan kasut 'Moon Shoes' yang dijual tahun lalu, ia tidak pernah dipakai.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 18 Mei 2020 @ 1:01 PM