KANTER turut berpuasa biarpun menempuhi perlawanan sepanjang Ramadan. FOTO Agensi
KANTER turut berpuasa biarpun menempuhi perlawanan sepanjang Ramadan. FOTO Agensi

Umat Islam seluruh dunia mula berpuasa pada 12 April lalu dan tidak ketinggalan buat pemain bola keranjang dari pasukan Portland Trail Blazers, Enes Kanter.

Kanter mula berpuasa sejak berusia lapan tahun dan ketika dia bersiap sedia berdepan Boston Celtics pemain tinggi lampai itu masih dalam keadaan berpuasa tanpa minum atau makan.

"Setiap kali Ramadan datang, ia akan memberi saya satu kekuatan mental dan satu kuasa luar biasa untuk saya beraksi," kata Kanter.

Kata Kanter, setiap pagi di bulan Ramadan dia akan bangun seawal 4 pagi untuk bersahur di mana dia akan makan makanan yang secukupnya bagi memberi tenaga kepadanya untuk menempuhi tempoh 16 jam selepas itu.

Ia menuntut satu disiplin yang tinggi bagi pemain bola keranjang NBA sepertinya.

Bayangkan semua kalori dibakar apabila pemain itu melangkah ke gelanggang bola keranjang. Itu tidak termasuk persiapan untuk bersenam dan malam yang perlu ditempuhi di jalan raya.

"Rasa satu yang luar biasa apabila berada di luar sana kerana saya tahu saya melakukan sesuatu yang perlu saya lakukan tapi pada masa yang sama saya bermain bola keranjang," kata Kanter.

Sebagai persiapan untuk menempuh bulan Ramadan, Kanter akan mula berpuasa pada setiap minggu sebelum Ramadan untuk mengajar perutnya daripada lapar dan dahaga.

Rakan pasukan Kante di Trail Blazers, Norman Powell berkata, dia tidak pernah bersama rakan pasukan yang berpuasa sebelum ini namun dia pernah mendengar latihan Kanter sebelum tiba Portland.

"Ia sangat mengagumkan untuk dilihat," kata Powell. "Saya tahu itu adakah kepercayaan agama dan mudah-mudahnya dia melakukan apa yang perlu dilakukan dan masih dapat melaksanakannya. Saya kagum kerana dia dapat melakukannya."

Kanter bagaimanapun bukanlah satu-satunya pemain Muslim dalam pasukan Trail Blazer yang berpuasa ketika saingan kompetitif bola keranjang.

The Blazers mempunyai tiga pemain beragama Islam dan mereka adalah Kanter, Jusuf Nurkic dan Rondae Hollis-Jefferson, pasukan paling ramai mempunyai pemain Muslim dalam skuad NBA.

Nurkic turut berkata dia juga akan berpuasa sepanjang Ramadan tahun ini.

Kanter dan Nurkic dapat bermain sebanyak 16 perlawanan ketika di bulan Ramadan tahun ini.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 19 April 2021 @ 12:53 PM