BAHARUDDIN (tengah berdiri) bersama peserta kejohanan.
BAHARUDDIN (tengah berdiri) bersama peserta kejohanan.
Oleh Nazri Abu Bakar


Melaka: Pasukan Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) muncul juara Kejohanan Sepak Takraw Terbuka anjuran Kolej Universiti Islam Melaka (KUIM) di Stadium KUIM, Kuala Sungai Baru, baru-baru ini.

MBMB menewaskan Balik Batu dari Tanjung Bidara 2 – 1 bagi meraih wang tunai RM1,000 selaku juara manakala naib juara membawa pulang RM700 serta hadiah iringan.

Sebanyak 45 pasukan termasuk dari Kuala Lumpur, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan mengambil bahagian dalam kejohanan dua hari itu.

Pengarah Pertandingan Mohd Hisyamuddin Mohd Shaid berkata, penganjuran julung kali diadakan itu mendapat sambutan luar jangkaan termasuk penyertaan dari pusat pengajian tinggi awam dan swasta tempatan.

Antara pasukan itu termasuk tuan rumah KUIM, Universiti Kuala Lumpur (UNIKL), Institut Kemahiran Belia Negara (IKBN), German Malaysian Institute (GMI) dan Kolej Profesional Teknologi Mara (KPTM) Batu Pahat.

Pasukan lain yang turut serta Institut Kemahiran Malaysia (IKM) Jasin, Pantai Belimbing, Kolej Komuniti Jasin (KKJS) MASKOM, Sinar Baru, Nyalas, KTPM Ipoh, Sutera Wangi, MITEC, Universiti Teknologi Mara (UiTM) dan Institut Latihan Industri (ILP) Selandar.

Majlis penutup dan penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Naib Canselor Jaringan Industri dan Masyarakat KUIM Profesor Datuk Dr Baharudin Puteh mewakili Naib Canselor KUIM Profesor Dr Mohd Taib Dora.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 17 Mac 2015 @ 5:22 AM