GABUNGAN perhiasan dan perabot yang menyelami dunia kanak-kanak.
GABUNGAN perhiasan dan perabot yang menyelami dunia kanak-kanak.
KATIL praktikal yang diserlahkan dalam mood ceria.
KATIL praktikal yang diserlahkan dalam mood ceria.
KERTAS dinding tampil dalam corak yang begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak.
KERTAS dinding tampil dalam corak yang begitu dekat dengan jiwa kanak-kanak.
Oleh Hartini Mohd Nawi

Pengalaman mendekati pelbagai cita rasa pelanggan, Zaldeco Inspirations turut diberi kepercayaan menata hias bilik kanak-kanak termasuk golongan kenamaan dan selebriti.

Terbaru diamanahkan memberi sentuhan istimewa untuk bilik anak perempuan selebriti dan penyampai radio, Nana Mahazan (Nana AF).

Bingung dalam memilih konsep yang sesuai untuk menggabung bilik anak perempuan dan anak lelaki, Nana mengambil langkah mendapatkan sentuhan magis Zaldeco Inspirations dalam terjemahan gabungan yang serasi.

Melihat ruang yang bakal dikongsi dua anak berlainan jantina ini semesti tiada warna khusus sesuai diadaptasikan.

Tidak dari rona warna-warna lembut bilik anak perempuan dan tidak juga rona untuk bilik tidur anak lelaki.

Jadi pendekatan berbeza diambil apabila tidak menggunakan warna khusus di dalam dekorasi bilik itu.

Berlandaskan tema yang diberi nama ‘fancy candy’, semua rona warna pastel ceria digunakan untuk menaikkan mood keanak-anakkan.

Pada bahagian dinding utama, kertas dinding dari dua corak berbeza diketengahkan. Satu dari corak berjalur dan satu lagi dari corak berbintik. Nyata gabungan dua jenis corak ini kelihatan cukup serasi.

Dekorasi menarik itu turut ditempatkan pada dinding dalam pelbagai warna. Malah, elemen dekorasi praktikal diketengahkan dalam mengambil kira keselamatan kanak-kanak itu. Semua elemen dekorasi termasuk berasaskan bahan kertas, kapas dan fabrik.

Teknik pencahayaan juga ditampilkan dengan begitu baik. Menerusi kehadiran lampu dalam pelbagai warna dan bentuk menambahkan lagi kecerian bilik ini.

Kemudian pada setiap katil dekorasi bumbung khemah cukup menarik perhatian. Dekorasi unik seperti ini membuatkan anak-anak tertarik untuk tidur di bilik sendiri.

Hasilnya bilik yang kelihatan biasa kini berubah menjadi lebih ceria dengan pelbagai fungsi untuk tidur dan bermain.

Ia disatukan dengan sempurna untuk keserasian sang puteri dan putera Nana Mahazan yang tercinta itu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2015 @ 5:05 AM