SKRTEL (terbaring) dirawat pasukan perubatan Liverpool.
SKRTEL (terbaring) dirawat pasukan perubatan Liverpool.

Liverpool: Pertahanan Liverpool, Martin Skrtel disahkan tidak cedera selepas diusung keluar ketika pasukannya seri 0-0 pada suku akhir Piala FA dengan Blackburn Rovers kelmarin, ujar pengurus Brendan Rodgers.

Pertahanan tengah Slovakia itu terbaring selepas perebutan bola di udara dengan Rudy Gestede di Anfield dan memerlukan rawatan lapan minit sebelum diusung keluar, dengan Kolo Toure masuk menggantikannya.

Rodgers mendedahkan selepas itu Sktrel dibawa ke hospital bagi pemeriksaan, namun menolak kebimbangan mengenai tahap kesihatannya malah berkata, dia mungkin boleh meneruskan perlawanan.

“Skrtel tidak apa-apa,” kata Rodgers. “Dia mungkin boleh meneruskan perlawanan, tapi anda perlu dengar pandangan pasukan perubatan dan pakar dan dia baik-baik saja di bilik persalinan.

“Dia jatuh dengan teruk dan ada kemungkinan cedera atau mengalami gegaran otak, tapi saya serahkan perkara ini kepada pakar perubatan.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 10 Mac 2015 @ 7:36 AM