London: Brendan Rodgers tidak berminat meluangkan masa ketika pengurus Liverpool yang sedang menerima tekanan hebat itu sekadar mengadakan sidang akhbar mingguan ringkas bersama media.

Rodgers biasanya ceria melayan setiap soalan apabila berdepan wartawan media Inggeris tetapa kali ini tidak seperti biasa.

Beliau hanya menjawab soalan pendek menjelang kunjungan Arsenal ke Anfield dalam saingan EPL, malam ini.

Biasanya sidang media diberikan berlangsung sekurang-kurangnya 15 minit tetapi sesi sidang akhbar di padang latihan Melwood hanya memakan masa sekitar empat minit setengah sahaja.

Rodgers sepatutnya lebih ceria selepas mencatat kejayaan suku akhir pada Piala Liga mengatasi Bournemouth pertengahan minggu ini.

Bagaimanapun, kritikan ke atas Liverpool dan pengurus itu sendiri melalui detik sukar dalam musim mengecewakan menyaksikan mereka tercicir saingan Liga Perdana dan tersingkir kempen Liga Juara-Juara.

Beliau kurang gembira dengan liputan media melaporkan wujudnya masalah serius di bilik persalinan tetapi enggan memberikan sebarang penjelasan sebaliknya hanya memberi, Rodgers turut mengesahkan Liverpool menerima penggantungan satu perlawanan Mario Balotelli berikutan tindakan penyerang Itali itu menghantar mesej dalam sosial media.

Brad Jones akan terus menjadi penjaga gawang selepas Liverpool terlepas mendapat khidmat pemain sayap Arsenal, Alexis Sanchez ketika perpindahan pra musim.

“Kami menerima penggantungan itu dan ia amat jelas,” katanya.

Rodgers berdepan prospek pemain yang mahu ditandatangani, Sanchez yang pasti kembali menghantuinya di Anfield.

“Apa saya tahu dia pemain berkelas dunia. Dia dianggap sebagai seorang mampu menyertai kami dan sempurna buat kami,” kata Rodgers.

“Dia seorang pemain cemerlang dengan kualiti cemerlang dan rajin. Kami tahu dia akan menjadi ancaman.” - AFP

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 Disember 2014 @ 5:05 AM