KONVOI peserta Lanun Darat melalui laluan lasak.
KONVOI peserta Lanun Darat melalui laluan lasak.
MERENTASI anak sungai.
MERENTASI anak sungai.
PESERTA Lanun Darat 2015.
PESERTA Lanun Darat 2015.
Oleh Erywan Norshal

Pemilik dan peminat jentera lasak Ford diberi peluang memperbaiki kemahiran memandu di laluan 'off-road' dengan menempuh laluan sukar dalam pengembaraan Lanun Darat 2015 di Tamparuli, Sabah, baru-baru ini.

Acara tahunan membabitkan ekspedisi ke dua lokasi itu dianjurkan oleh Sime Darby Auto Connexion (SDAC) selaku pengedar kenderaan Ford di Malaysia.

Lebih 80 peserta membabitkan 24 trak pikap Ford Ranger dan 24 kenderaan utiliti sukan (SUV) Everest untuk menempuh cabaran berkenaan yang diketuai oleh jurulatih keselamatan berpengalaman, Paul Si.

Acara tahun ini lebih sarat aktiviti mencabar serta menyeronokkan bagi menyerlahkan ketahanan trak pikap Ford Ranger yang bersesuaian dengan laluan berkenaan.

Pengembaraan Lanun Darat 2015 bermula dari bilik pameran SDAC di Kota Kinabalu, Sabah dengan laluan menempuh laluan lasak pertama di Tamparuli.

Di sana, peserta mempelajari teknik selamat dalam satu sesi praktikal sebelum pulang ke Shangri-La Rasa Ria Resort.

Pada hari kedua pula, laluan off-road lebih mencabar di Sepanggar, Sabah sebelum pulang ke bilik pameran SDAC di Kota Kinabalu.

Sesi latihan yang ditawarkan itu memberi peluang untuk menguji kemampuan Ford Ranger beraksi di laluan lasak.

Ia juga membuktikan kehebatan Ford Ranger selaku trak pikap kedua paling laris di Malaysia yang dilengkapi sistem keselamatan terbaik dengan kuasa mengagumkan untuk membawa beban, menunda dan keupayaan mengharung air.

Konvoi itu disertai pelbagai varian Ford Ranger daripada model asas XL hinggalah model Wildtrak serta Ranger Double Cab 4x4 3.2L XLT Hi-Rider yang baru saja diperkenalkan sebelum ini.

Sementara itu, Pengarah Urusan SDAC, Lee Eu San berkata, program Lanun Darat adalah satu daripada aktiviti mendekati pelanggan dan melengkapkan mereka dengan kemahiran pemanduan yang betul.

Menurutnya, mereka juga boleh menguji sendiri dan merasai keupayaan prestasi kenderaan masing-masing untuk mengharungi laluan lasak dengan selamat.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 1 Mac 2015 @ 5:03 AM