FOTO Mohd Rizal Abdullah
FOTO Mohd Rizal Abdullah
Oleh Mohd Rizal Abdullah

Kuala Lumpur: Tiga pekerja Tenaga Nasional Berhad (TNB) terbakar 80 peratus dalam kejadian letupan pencawang elektrik berdekatan Kondominium Sri Jati 2, Jalan Klang Lama di sini, malam tadi.

Dalam kejadian 10.45 malam itu, mangsa dikenali sebagai Mohd Rozairi,30, Mohd Zaidi, 35, dan Norizan, 55, sedang membuat kerja penyelenggaraan sebelum berlaku letupan.

Ketua Balai Bomba Bukit Jalil, Jalailudin Abdul Mubin berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 10.55 malam dan tiba ke lokasi pada 11.08 malam.

"Sepasukan anggota bomba dikerahkan ke lokasi dan mendapati dua mangsa dalam keadaan kritikal," katanya.

Menurutnya, semua mangsa kemudiannya dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya(PPUM) untuk rawatan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 24 Februari 2015 @ 1:47 AM