Manila: Seorang senator semalam meminta Setiausaha Keadilan Filipina membenarkan dua saksi penting menghadiri siasatan Jawatankuasa Hubungan Luar Senat dalam kes pembunuhan mak nyah, Jeffrey Laude.

Dalam suratnya kepada Leila De Lima, Miriam Defensor-Santiago semalam berkata, seorang rakan Laude perlu dipanggil memberi keterangan.

Katanya, saksi itu ialah Mark Clarence Gelviro atau lebih dikenali sebagai Barbie.

Saksi kedua ialah pekerja hotel tempat Laude dibunuh, Elias A Calamos.

Setakat ini empat saksi memberi keterangan kepada pendakwa dalam kes membabitkan askar marin Amerika Syarikat. - Agensi

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 21 Oktober 2014 @ 5:04 AM