NORLIZA dan Juhari bergambar bersama barisan pelakon Mek Mulung.
NORLIZA dan Juhari bergambar bersama barisan pelakon Mek Mulung.

Biarpun ibunya berasal dari Pulau Pinang, Arja dibesarkan di Kuala Lumpur dan mengakui kurang fasih bertutur dalam dialek utara.

Bagaimanapun, dia bersetuju mengambil peluang ini bagi menguji kewibawaannya sebagai pelakon serba boleh menerusi watak Putera Cahaya Bulan.

“Dulu saya pernah terbabit dalam pementasan Makyung di IB dalam dialek Kelantan. Kali ini kena buat Mek Mulung dalam dialek Kedah pula dan ia bukan satu perkara kecil. Jadi, saya banyak buat rujukan sendiri serta belajar dengan Saipol mengenai cara pertuturan yang betul.

“Saya kena hafal skrip sebanyak 20 helai dan ini se­suatu yang mencabar. Saya juga kena menyanyi empat lagu, tapi ia tak susah berbanding dialog yang susah nak dituturkan.

“Untuk memastikan saya buat yang terbaik, saya juga ke Kedah selama seminggu untuk menjalani latihan dengan pelakon-pelakon di sana. Ia satu cara terbaik untuk memantapkan sebutan loghat saya,” katanya.

Sementara itu, Shamsun Nadia Zulkifli yang memegang watak Puteri Nang Mara me­ngakui perasaannya bercampur baur antara teruja dan gemuruh untuk beraksi di pentas berprestij seperti IB.

“Saya sudah terbabit de­ngan JKKN sejak 2010 dan pernah pentaskan Mek Mulung di beberapa lokasi termasuk Sabah dan Sarawak, tapi kali ini cabarannya lain. Ia satu pengalaman baru buat kami.

“Saya sendiri mulanya tak pandai menya­nyikan lagu lenggok tradisional dan hampir dua tahun belajar, baru saya boleh menyampaikannya dengan baik. Beraksi di IB satu penghargaan dan ia juga sebagai satu proses untuk dapat pengiktirafan Persidangan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO) sama seperti Makyung,” katanya.

Tiket untuk menonton pementasan ini dijual pada harga RM23, RM53 dan RM83 yang boleh didapati dengan melayari www.airasiaredtix.com atau mendapatkan terus di kaunter tiket box-office Istana Budaya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 13 Februari 2015 @ 9:52 AM