KEADAAN padang Stadium Merdeka yang rosak dan tidak rata.
KEADAAN padang Stadium Merdeka yang rosak dan tidak rata.
Oleh Aziman Rosdi.

[email protected].

Kuala Lumpur: Baru satu perlawanan, Kuala Lumpur mungkin sudah boleh melupakan hajat untuk terus menggunakan Stadium Merdeka sebagai gelanggang rasmi sepanjang kempen Liga Perdana musim ini apabila Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan tegas jika padang stadium bersejarah itu tidak dibaik pulih.

Kualiti padang Stadium Merdeka yang kembali digunakan Kuala Lumpur selepas 17 tahun itu menjadi bahan perbualan apabila Sabah yang beraksi menentang pasukan tuan rumah kelmarin tidak berpuas hati kerana keadaan padang teruk.

Malah, dalam laporan Arena Metro semalam, perlawanan pertama liga itu pada mulanya hampir dibatalkan selain mengundang kritikan penyerang import Sabah El Hadji Diouf yang menganggap padang seperti itu tidak sesuai digunakan bagi aksi kompetitif.

Menurut ketua Jabatan Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) FAM Mohd Shazli Shaik Mohd, pihaknya sudah membuat pemeriksaan awal, sebulan sebelum kejohanan bermula bagi memberi kebenaran kepada Kuala Lumpur menggunakan stadium itu namun tidak menyangka keadaan padang agak teruk.

"Kita sudah buat pemeriksaan kira-kira sebulan sebelum kejohanan bermula dan mendapati rumput padang itu dalam keadaan baik. Tapi semalam (kelmarin) kita tengok padang agak teruk. Walau apa pun kami akan menyemak dulu laporan perlawanan Kuala Lumpur dengan Sabah kerana pihak yang tidak berpuas hati boleh mengemukakan aduan menerusi borang itu.

Dapatkan akhbar Metro Ahad untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 8 Februari 2015 @ 5:24 AM