TEMPAT  kejadian Arunasalam (gambar kecil) maut akibat sakit jantung dalam kes rompakan, semalam.
TEMPAT kejadian Arunasalam (gambar kecil) maut akibat sakit jantung dalam kes rompakan, semalam.
Oleh Muhammad Apendy Issahak

Batu Gajah: “Mangsa merayu supaya tidak dicederakan dan wangnya tidak diambil kerana ia untuk kegunaan anaknya yang masih belajar, namun penyamun itu tidak menghiraukannya, malah mengugut menetak dengan parang hingga mangsa terkejut dan mengadu sakit dada dipercayai diserang sakit jantung,” kata rakan sekerja kepada V Arunasalam, 62, yang meninggal dunia selepas diikat dan dikurung sekumpulan penjenayah yang menyamun kilang di Taman Perindustrian Bemban di sini, awal pagi semalam.

Dalam kejadian jam 1 pagi itu, mangsa yang bekerja sebagai pemandu lori diikat dan dikurung dalam kontena yang dijadikan kediaman pekerja bersama enam lagi pekerja dan dua pengawal keselamatan oleh sekumpulan 15 penyamun bersenjatakan parang dan memakai topeng.

Kumpulan penjenayah berkenaan melarikan wang tunai dan barangan berharga lain milik semua mangsa selain melarikan puluhan gelung kabel voltan tinggi dianggarkan bernilai jutaan ringgit menggunakan tiga treler.

Menurut rakan mangsa yang enggan dikenali itu, ketika kejadian, semua mereka termasuk mangsa sedang tidur dalam kontena dan kumpulan penjenayah terbabit yang memecah masuk dari bahagian belakang menahan pengawal keselamatan.

“Kumpulan penjenayah itu dipercayai memecah masuk kawasan kilang dengan memotong pagar di bahagian belakang kilang sebelum menahan dua pengawal keselamatan dan mengarahkan mereka mengetuk pintu kontena tempat kami tidur.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 3 Februari 2015 @ 6:36 AM