Selat Karimata : Pengangkatan mayat dari badan utama pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 terus dilakukan dan sehingga ke petang ini, sebanyak enam mayat sudah dibawa keluar di perairan Karimata, Kalimantan Tengah.

Mayat terakhir diangkat ke KRI Banda Aceh pada 11.40 pagi dan berdasarkan pemantauan wartawan Detik.com yang mengikuti KRI Banda Aceh, keadaan mayat berkenaan sudah busuk dan agak tragik.

Ciri yang agak menonjol pada mayat terakhir itu adalah pemakaian kemeja berwarna biru dan sebaik dibawa naik, anggota Tentera Laut Indonesia memasukkannya ke dalam beg mayat.

Semua mayat itu akan dibawa ke Pangkalan Bun, Kalimantan Tengah, dengan menggunakan helikopter.

Bangkai utama pesawat dan mayat ditemui pada jarak 3,400 meter dari ekor pesawat yang sudah diangkat sebelum ini dan ketika ini pasukan penyelam masih melakukan pencarian mayat lain.- detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 22 January 2015 @ 2:38 PM