Selat Karimata: Cuaca di Selat Karimata, Kalimantan Tengah, berubah mendadak tengah hari ini hingga memaksa kerja mengangkat fiuslaj pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 dihentikan sementara.

Menurut detik.com, keadaan cuaca baik disebelah pagi melancarkan kerja mengangkat badan pesawat malang terbabit sebelum salah satu tali pengikatnya terputus buat kali kedua.

Ketika anggota penyelam sibuk meneliti bahagian ikatan yang terputus, cuaca berubah mendung dengan kehadiran awan gelap dan angin kencang, diikuti hujan.

Laporan di lokasi mengangkat fiuslaj mengesahkan kelajuan angin sekitar 30 hingga 35 knot, jauh dari standard keselamatan untuk menyelam iaitu di bawah satu knot.

Cuaca buruk kemudian turut mengakibatkan laut bergelora dengan ombak setinggi dua hingga tiga meter.

Semua penyelam terpaksa kembali ke Kapal Crest Onyx sementara menanti cuaca baik. - detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 25 January 2015 @ 1:05 PM