Pangkalan Bun: Misi mencari baki mayat mangsa pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 akan dilakukan 81 penyelam yang sudah bersedia untuk melakukan operasi pencarian besar-besaran di dasar laut di Selat Karimata bagi mencari bangkai utama pesawat berkenaan.

Panglima Tentera Nasional Indonesia (TNI), Jeneral Moeldoko berkata, misi penting itu diharap dapat mencari bahagian utama pesawat berkenaan yang masih menempatkan puluhan mangsa yang terperangkap.

“Misi penting ini adalah mahu mencari bahagian badan pesawat yang kami percaya masih menjadi keutamaan untuk ditemui segera. Tidak mustahil mungkin ratusan mangsa juga masih terperangkap di dalam badan pesawat berkenaan.

“Kita mempersiapkan 81 penyelam di kapal KRI Banda Aceh. Semoga badan pesawat segera ditemui," katanya pada sidang medianya, hari ini.

Misi pencarian memasuki hari ke-16 hari ini hanya berjaya menemui 48 mayat mangsa. Daripada jumlah itu, hanya 32 berjaya dikenal pasti. - Detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 12 January 2015 @ 6:29 PM