Jakarta : Pasukan penyelam sudah memeriksa objek yang didakwa bahagian hadapan pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 di kedalaman 34 meter di Selat Karimata dan mengesahkan objek berkenaan hanya serpihan pesawat dan berjarak 1.5 kilometer dari lokasi penemuan ekor pesawat.

Selain serpihan, pasukan penyelam turut menemui satu mayat yang masih terikat pada kerusi penumpang dan keadaan mayat itu sudah rosak.

"Di sekitar lokasi penemuan mayat dan serpihan itu, kelihatan banyak ikan yu kecil dan terumbu karang," kata Ketua Pasukan Peninjau, Muhammad Aga dari Kapal geo survei. - detik.com

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 9 January 2015 @ 12:31 PM