Nadzim (dua dari kiri) pada sidang media hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Nadzim (dua dari kiri) pada sidang media hari ini. FOTO Yusmizal Dolah Aling
Yusmizal Dolah Aling


Kuala Lumpur: Rujuk pihak berwajib sekiranya menerima tawaran pekerjaan yang meragukan terutama mengenakan caj tertentu.

Ketua Aktivis Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) Datuk Nadzim Johan berkata, pihak menerima lebih 20 aduan daripada individu yang ditipu sebuah syarikat perkapalan yang mengenakan bayaran sehingga RM3,000 untuk mengikuti latihan dan bekerja di Klang, Selangor.

Katanya, pihaknya mendapati wujud unsur penipuan kerana syarikat itu mengumpan pemohon dengan tawaran gaji sehingga USD2,000 (RM9,000) sebulan.

"Apa yang dijanjikan kepada pemohon ialah seratus peratus jaminan kerja, tetapi perlu bayar dulu, baru dapat. Ada yang sudah tamat latihan dari 2016, sampai sekarang tidak ada perkembangan," katanya pada sidang media hari ini.

Justeru katanya, PPIM meminta pihak berwajib mengambil tindakan tegas termasuk menyekat promosi yang dibuat di Facebook (FB) bagi mengelak lebih ramai menjadi mangsa.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 3 Mei 2017 @ 6:57 PM