SUNDAY (kanan) penjaring terbanyak Liga Perdana. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
SUNDAY (kanan) penjaring terbanyak Liga Perdana. FOTO Mohd Asri Saifuddin Mamat
Aziman Rosdi


Kuala Lumpur: Jurulatih UiTM FC Wan Mustaffa Wan Ismail mengakui anak buahnya tidak gentar berdepan pasukan elit Liga Super dalam kempen Piala Malaysia, pada Julai namun apa yang membimbangkannya kehilangan tonggak utama pada tempoh perpindahan pemain kedua pada 15 Mei hingga 11 Jun.

Beliau berkata, beberapa pemainnya terutama pemain import iaitu penjaring terbanyak Liga Perdana Akanni Sunday dari Nigeria, pemain tengah Dechi Marcel N’Guessan (Ivory Coast) dan Do Dong-hyun (Korea Selatan) sedang diintai pasukan lain.

“Ini satu pencapaian yang baik apabila UiTM layak beraksi dalam Piala Malaysia buat kali pertama. Ini membuktikan pasukan ini semakin meningkat dan bukannya seperti sebelumnya yang hanya bergelut untuk terus kekal dalam Liga Perdana.

“Saya percaya kami mampu memberikan saingan kepada pasukan lain dan bukan hanya bertanding sebagai pelengkap pasukan. Cuma saya berharap dapat mengekalkan semua pemain kerana beberapa pemain saya ada mendapat tawaran pasukan lain.

“Bila peraturan baru membolehkan pasukan mendaftar pemain import pada tempoh perpindahan kedua Mei ini, ia mencetuskan kebimbangan saya. Saya tahu mereka ditawarkan gaji dua, tiga kali ganda daripada kami berikan jadi memang sukar untuk menghalang mereka.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 27 April 2017 @ 5:37 AM