N’GUESSAN antara tonggak tengah TFC II musim ini. — FOTO Rozainah Zakaria
N’GUESSAN antara tonggak tengah TFC II musim ini. — FOTO Rozainah Zakaria
BERNAMA

TEKA-TEKI mengenai status empat awang import Terengganu FC ll (TFC ll) akhirnya terjawab selepas jurulatihnya, Roshadi Wahab mengesahkan hanya seorang pemain ditawarkan kontrak baharu musim depan.

Roshadi berkata, selepas mengambil kira semua faktor, hanya pemain tengah Dechi Marcel N’Guessan dikekalkan bagi membantu TFC ll mengharungi Liga Perdana tahun depan.

Tiga lagi pemain Akanni Sunday Wasiu, Serhii Andrieiev dan Bruno Suzuki tidak ditawarkan kontrak baharu walaupun jurulatih itu pernah memberi bayangan akan mengekalkan Suzuki berdasarkan prestasinya musim ini.

“Kontrak semua pemain import baru saja tamat dan selepas perbincangan serta penelitian mendalam hanya Marcel dikekalkan.

“Saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pemain import yang membantu memantapkan TFC ll musim ini dan berharap kerjaya mereka lebih cemerlang pada masa depan,” katanya hari ini.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 November 2019 @ 4:15 PM