AHMAD Fauzi beramah mesra dengan pelajar sempena perasmian bas sekolah dan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2016 di SMK Desa Tun Hussein Onn, semalam.
AHMAD Fauzi beramah mesra dengan pelajar sempena perasmian bas sekolah dan Majlis Hari Anugerah Cemerlang 2016 di SMK Desa Tun Hussein Onn, semalam.
Siti Fatimah Nasir


Kuala Lumpur: Susulan pelancaran perkhidmatan bas sekolah buat Angkatan Tentera Malaysia (ATM), yang dilancarkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada 26 Mac lalu, seramai 600 pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Desa Tun Hussein Onn mendapat faedah apabila menerima tiga bas sekolah ATM bagi kemudahan anak tentera di Kem Kementah, semalam.

Ahli Parlimen Setiawangsa Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata, pihaknya menyambut baik usaha Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein memastikan kebajikan warga ATM dan keluarga mereka terpelihara.

“Perasmian bas sekolah ATM pada hari ini (semalam) turut mewujudkan kit bacaan di dalam bas yang mana ia adalah cetusan idea daripada warga sekolah.

“Melalui inisiatif ini, setiap pelajar dapat menggunakan kemudahan bas sekolah ATM dan berpeluang mengisi masa lapang dengan membaca bahan bacaan yang berilmiah dan bermanfaat,” katanya selepas merasmikan Majlis Anugerah Cemerlang ke-21 dan Optimasi Bas Sekolah ATM di sekolah terbabit, semalam.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 21 April 2017 @ 6:34 AM