Mayat lelaki yang maut ditikam di  Kampung Kayu Kapur, Bekenu, malam tadi. - Foto Ihsan Polis
Mayat lelaki yang maut ditikam di Kampung Kayu Kapur, Bekenu, malam tadi. - Foto Ihsan Polis
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seorang lelaki maut manakala dua lagi cedera diserang seorang lelaki menggunakan objek tajam di depan sebuah kedai snuker di Kampung Kayu Kapur, Bekenu, malam tadi

Dalam kejadian 8 malam itu, Yusof Sidani, 45, maut di tempat kejadian manakala dua rakan lelakinya kini dirawat di Hospital Miri.

Ketua Polis Daerah Miri Asisten Komisioner Khoo Leng Huat berkata, siasatan mendapati ada kesan tikaman pada dada mangsa menggunakan objek tajam.

“Suspek dipercayai warga Indonesia, sudah melarikan diri dan usaha mengesannya sedang dilakukan," katanya.

Menurutnya, kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 April 2017 @ 11:57 AM