RUMAH yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
RUMAH yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran. FOTO ihsan Bomba
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Warga emas melecur di belakang badan dalam kebakaran dua rumah di Kampung Subak, Bekenu, hari ini.

Dalam kejadian 7.30 malam itu, mangsa berusia 67 tahun melecur 20 peratus ketika cuba menyelamatkan diri.

Ketua Jabatan Bomba dan Penyelamat Zon Miri Law Poh Kiong berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 7.36 malam berhubung kejadian itu.

Menurutnya, sepasukan anggota bomba dari Balai Bomba Miri dikerahkan ke lokasi dan mendapati dua rumah berkenaansudah musnah sepenuhnya, manakala 16 penghuni termasuk mangsa menyelamatkan diri.

"Mangsa yang melecur dihantar ke Hospital Miri untuk rawatan dan dilaporkan stabil manakala penghuni lain ditempatkan di Balai Raya Kampung Subak," katanya

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 30 January 2017 @ 10:56 PM