Mohd Hanafis Abdul Haris


Kuala Lumpur: Orang ramai yang melalui Jalan Gurney, di sini, pagi tadi digemparkan dengan kemunculan ular sawa batik sepanjang satu meter yang melingkari tiang dan kabel Telekom Malaysia Bhd (TM) di laluan berkenaan.

Jurucakap Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) berkata, pihaknya menerima panggilan daripada orang awam jam 7.20 pagi.

Menurutnya, beberapa anggota dikerahkan ke lokasi kejadian dan sebaik tiba reptilia terbabit sedang menyusur kabel.

“Ular terbabit berjaya ditangkap dalam tempoh 10 minit oleh anggota bertugas. Panjangnya hampir satu meter dan berat kira-kira 20 kilogram,” katanya.

Jurucakap itu berkata, ular itu dibawa ke pejabat APM Dang Wangi sebelum diserahkan kepada Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (PERHILITAN) dalam tempoh terdekat,

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 April 2017 @ 4:47 PM
Anggota APM menangkap ular sawa yang melingkari tiang dan kabel TM di Jalan Gurney, pagi tadi. FOTO ihsan Sarhan Wasim
Anggota APM menangkap ular sawa yang melingkari tiang dan kabel TM di Jalan Gurney, pagi tadi. FOTO ihsan Sarhan Wasim