Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. FOTO arkib NSTP
Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff. FOTO arkib NSTP
Mohd Rizal Abdullah


Miri: Seramai 49,082 individu ditahan berkaitan dadah di dalam dan luar negara sejak tiga bulan lalu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Seri Mohd Mokhtar Mohd Shariff berkata, seramai 6,552 individu ditahan berkaitan pengedaran dadah, memiliki dadah (14,874) dan penyalahgunaan dadah (27,656).

Menurutnya, seramai 2,064 individu yang ditahan adalah warga asing dan 14 daripadanya warga Singapura.

"Nilai keseluruhan dadah yang dirampas adalah RM77.74 juta manakala harta yang dirampas bernilai RM36 juta" katanya pada sidang media selepas Mesyuarat Dua Hala kali ke-64 JSJN Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Biro Narkotik Pusat Singapura, hari ini.

Mohd Mokhtar berkata, mesyuarat kali ini membincangkan mengenai trend terbaru sindiket pengedaran dadah selain meningkatkan penguatkuasaan anggota polis bagi kedua-dua negara.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 11 April 2017 @ 4:35 PM