NAOMI Osaka. FOTO Agensi
NAOMI Osaka. FOTO Agensi
Agensi

Amsterdam: Pemain tenis wanita dari Jepun, Naomi Osaka terus mencipta sensasi apabila dijadual berentap di suku akhir menentang Bianca Andreescu dari Kanada dalam saingan Terbuka Libema di Belanda.

Naomi menewaskan pemain harapan tuan rumah, Suzan Lamens 6-2, 6-2 di pusingan kedua untuk mara ke peringkat lapan terbaik itu.

Manakala Andreescu pula menyingkirkan pilihan nombor enam, Yue Yuan dari China menerusi keputusan 6-4, 6-4 dalam aksi sebelum ini.

Dalam aksi itu, Naomi hanya memerlukan 54 minit menumbangkan lawannya dan semakin hampir memburu kejuaraan di saingan itu.

Andreescu pula memerlukan satu jam 21 minit selepas diberi tentang sengit oleh Yuan yang cukup kecewa gagal memenangi perlawanan itu.

Sementara itu, pilihan kedua kejohanan iaitu Liudmila Samsonova dari Rusia berjaya mengenepikan pemain Belgium, Alison Van Uytvanck 6-1, 6-3.

Pemain utama Belgium, Greet Minnen pula menyingkirkan pemain pilihan ketujuh kejonanan, Donna Vekic dari Croatia menerusi keputusan 6-1, 0-6, 7-5, dan Veronika Kudermetova dari Russia menang ke atas Zhuoxuan Bai dari China 7-5, 6-1.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 13 Jun 2024 @ 12:17 PM