CyberSecurity Malaysia yang bernaung di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menandatangani memorandum persefahaman (MoU) dengan Unit Pemodenan Tadbiran dan Perancangan Pengurusan Malaysia (MAMPU) yang mewujudkan kerjasama strategik dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khusus bagi di keselamatan siber.

Ketua Pegawai Eksekutif CyberSecurity Malaysia, Dr Amirudin Abdul Wahab berkata, kerjasama pengurusan insiden keselamatan siber akan dimantapkan dengan Government Computer Emergency Response Team (GCERT) dan MyCERT (satu daripada jabatan dalam CyberSecurity Malaysia).

"Dalam bidang forensik digital, CyberSecurity Malaysia akan menyediakan perkhidmatan ini kepada agensi kerajaan bagi kes insiden keselamatan siber yang membabitkan unsur perundangan, sanitasi dan pemulihan data," katanya.

"CyberSecurity Malaysia akan terus proaktif melaksanakan pelbagai inisiatif bagi memastikan keamanan dan kesejahteraan ruang siber negara terpelihara," katanya pada majlis MoU yang mana MAMPU diwakili Datuk Wira Omar Kaseh.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 7 January 2015 @ 5:00 AM