TRACEY dan suaminya. - DM
TRACEY dan suaminya. - DM
Daily Mail

London: Seorang lelaki gelandangan ditahan selepas menyerang dan membunuh wanita yang memberinya tempat tinggal dan pekerjaan apabila menyerang serta menikamnya sehingga mati.

Aaron Barley, 23, dilaporkan menyerang bekas penari, Tracey Wilkinson, 50, suami, Peter, 47, dan anak lelaki mereka Pierce, 13. Remaja terbabit turut maut dalam kejadian itu.

Peter yang parah akibat tikaman pada dada dan belakangnya kini dalam keadaan kritikal tetapi stabil.

Suspek dilaporkan diberi penginapan oleh keluarga berkenaan beberapa hari menjelang Krismas lalu, malah ditawarkan kerja di firma milik Peter.

Anak perempuan pasangan terbabit, Lydia, 18, berada di kampus universiti ketika kejadian.

Suspek juga dilaporkan mencuri kereta keluarga itu tetapi ditangkap setengah jam kemudian selepas kemalangan berlaku ketika dia dikejar polis.

Polis menafikan kejadian itu bermotifkan rompakan.

Rakan keluarga berkenaan berkata, mereka menerima Barley di rumah mereka selepas melihatnya mengemis.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 2 April 2017 @ 5:09 AM