SHAMSUDIN tekun menyiapkan sentuhan akhir karikatur pada rantai kunci.
SHAMSUDIN tekun menyiapkan sentuhan akhir karikatur pada rantai kunci.
Omar Ahmad


Johor Bahru: Tidak ramai antara kita mempunyai bakat dalam seni lukis terutama menghasilkan lukisan karikatur, namun bagi pelukis karikatur Shamsudin Hashim, 43, dia bukan saja boleh menghasilkan lukisan karikatur menarik, malah mencurahkan bakatnya di atas rantai kunci pelbagai bahan termasuk kayu bersaiz kecil.

Katanya, lukisan karikatur pelanggannya akan disiapkan mengikut prosedur operasi standard (SOP) yang diciptanya sendiri sejak 10 tahun lalu ketika mula-mula berkecimpung dalam bidang seni lukis karikatur.

“Ramai pelukis terutama karikatur memilih untuk mencurahkan idea dan ilham menerusi majalah, surat khabar dan kertas.

“Bagaimanapun, saya memilih untuk meletakkan hasil seni saya di atas rantai kunci.

“Saya memilih rantai kunci kerana ia komersial dan mampu dimiliki semua lapisan masyarakat daripada kanak-kanak, dewasa dan warga emas. Ia mudah dibawa ke mana-mana.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 1 April 2017 @ 8:11 AM