RUMAH itu dipindahkan dengan mengangkatnya ke atas batang besi sebelum digolekkan di atas landasan kayu.  - scmp.com
RUMAH itu dipindahkan dengan mengangkatnya ke atas batang besi sebelum digolekkan di atas landasan kayu. - scmp.com
Agensi

Beijing: Seorang penduduk kampung di timur China ‘mengangkat’ rumahnya setinggi tiga tingkat untuk memindahkan struktur berkenaan yang menghalang projek pembesaran jalan.

Dalam kejadian di Taixing, wilayah Jiangsu itu, lelaki terbabit memindahkan rumahnya sejauh 150 meter, lapor Yangtse Evening News. Kediamannya antara 165 rumah di jalan berkenaan yang diarah berpindah.

Walaupun menerima pampasan, penduduk itu tidak mahu merobohkan kediamannya yang menelan belanja lebih 300,000 yuan (RM193,000) untuk dibina termasuk beberapa pengubahsuaian yang baru dilakukan.

Katanya, kos mengalihkan rumah itu ialah sebanyak 120,000 yuan (RM77,000). Laporan itu tidak menyatakan jumlah pampasan diterimanya sebelum itu.

Rumahnya mengambil masa dua hari untuk dipindahkan selepas diangkat ke atas ‘alat peluncur’ diperbuat daripada batang keluli dan digolekkan di atas ‘landasan’ kayu.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 Mac 2017 @ 10:51 AM