NOMBOR itu yang berakhir dengan 888, digunakan dalam satu episod dalam drama Skynet Action.
NOMBOR itu yang berakhir dengan 888, digunakan dalam satu episod dalam drama Skynet Action.
Agensi

BEIJING: Seorang lelaki di timur China tidak menyangka nombor telefon ‘bertuah’ yang dibelinya sekitar AS$3,000 (RM12,556), mengubah hidupnya menjadi sengsara selepas dia dihujani panggilan tidak dikenali selepas sebuah syarikat produksi tv menggunakan nombornya dalam sebuah drama.

South China Morning Post memetik Yangtse Evening Post melaporkan, lelaki itu yang dikenali sebagai Shen membelanjakan 20,000 yuan (RM12,110) untuk membeli nombor telefon berakhir dengan 888 yang membawa maksud kemewahan sekaligus dianggap nombor bertuah di China.

Tetapi malangnya nombor itu turut digunakan penjahat dalam drama Skynet Action yang disiarkan pada Mac lalu.

“Saya menerima beberapa panggilan pada jam 1 atau 2 pagi menyebabkan saya tidak boleh tidur,” kata Shen dari wilayah Zhejiang.

Salah seorang yang menghubunginya berkata, nombor Shen dipaparkan dalam episod sewaktu adegan penjenayah memberikan nombor kepada pihak polis.

Pada Februari lalu, Shen menerima bayaran 35,000 yuan (RM21,218) daripada mahkamah di Beijing selepas Shen menyaman firma produksi Xinli kerana menggunakan nombornya dalam satu episod drama tv The Revolution of Our Love, menurut People’s Court Daily.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Mei 2019 @ 5:29 PM