Rumah empat bilik disewa warga Indonesia musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Rumah empat bilik disewa warga Indonesia musnah dalam kebakaran awal pagi tadi. FOTO ihsan pembaca
Hamzah Osman


Langkawi: Rumah empat bilik disewa warga Indonesia musnah dalam kebakaran di Jalan Pantai Tengah, Mukim Kedawang, di sini, awal pagi tadi.

Kejadian pada 1.30 pagi itu menyebabkan warga Indonesia terbabit tinggal sehelai sepinggang.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Langkawi Penolong Kanan Penguasa Bomba Yaakob Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan pada 1.42 pagi sebelum 20 anggota bersama dua jentera dari BBP Jalan Ayer Hangat dan Persiaran Putra serta sebuah jentera EMRS ke lokasi.

"Jentera pertama tiba di tempat kejadian pada 2.02 pagi dan mendapati api marak membakar rumah kelas B yang mempunyai empat bilik.

"Api dapat dikawal kira-kira 15 minit kemudian, tiada mangsa yang dilaporkan mengalami kecederaan. Punca dan jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 16 Februari 2016 @ 12:04 PM