CATRIONA tak sangka penurunan berat badan mendapat perhatian luar biasa.
CATRIONA tak sangka penurunan berat badan mendapat perhatian luar biasa.
Ramlah Zainal


Lebih tiga tahun menyepi, nama pelakon berdarah kacukan Melayu-Scotland, Catriona Ross kembali diperkatakan peminat ketika ini.

Semuanya gara-gara gambarnya berjaya menurunkan berat badan sebanyak 17 kilogram dalam tempoh lima bulan yang tular di laman sosial baru-baru ini.

Walaupun bukan kerjayanya diperkatakan, Catriona, 36, yang turut dilamar sebagai duta syarikat kosmetik tetap melihat perkara itu dari sudut positif.

“Apa saja publisiti sama baik atau buruk, ia tetap beri impak kepada karier seni. Saya juga bersyukur kerana nama kembali diingati peminat selepas sekian lama menyepi.

“Terus terang, saya tidak sangka penurunan berat badan mendapat perhatian luar biasa di laman sosial. Bayangkan, saya masih menerima e-mel daripada peminat yang meminta tip untuk kembali kurus.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 14 Mac 2017 @ 5:01 AM