Pemain import Perak, Vladislav Mitkov Pinto Islame (tengah) cuba menanduk bola sambil dihalang pemain pertahanan Kedah, Zachary Michael Anderson (kiri) dalam saingan Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu lalu. FOTO Muhaizan Yahya
Pemain import Perak, Vladislav Mitkov Pinto Islame (tengah) cuba menanduk bola sambil dihalang pemain pertahanan Kedah, Zachary Michael Anderson (kiri) dalam saingan Piala FA di Stadium Perak, Ipoh, Sabtu lalu. FOTO Muhaizan Yahya
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Laluan berbeza ditakdirkan buat dua pasukan pilihan pada peringkat suku akhir Piala FA musim ini apabila juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (Johor DT) diundi berdepan Pahang yang kini berada pada prestasi terbaik.

Kedah yang dilabel pencabar utama kepada Johor DT pula akan membuat perhitungan menentang lawan lebih mudah, PKNP FC yang sebelum itu melakar sejarah tersendiri apabila berjaya mara buat pertama kali ke pusingan lapan terbaik.

Sekiranya Johor DT dan Kedah berjaya melepasi halangan masing-masing, Sabah atau Negeri Sembilan bakal menanti skuad Harimau Selatan di peringkat separuh akhir manakala pemenang antara Terengganu dan Sarawak bakal bertemu Helang Merah.

Aksi suku akhir pertama bakal berlangsung pada 31 Mac dan 1 April ini manakala timbal balik bakal berlangsung 21 serta 22 April.

Bagi aksi separuh akhir pula, ia dijadualkan pada 28 dan 29 April ini sebelum diteruskan ke perlawanan timbal balik 12 dan 13 Mei dengan pemenang akan berentap di pentas final pada 20 Mei depan.

Berikut adalah keputusan undian suku akhir Piala FA 2017 yang diadakan di Theatrette, Sri Pentas sebentar tadi:

Pahang lwn Johor Darul Ta'zim

Sabah lwn Negeri Sembilan

Kedah lwn PNKP FC

Terengganu lwn Sarawak

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Mac 2017 @ 12:50 PM