PENGACARA rancangan Nasi Lemak Kopi O Faisal Ismail (tengah) bersama tetamu undangan NLKO Janna Nick (dua kiri) dan bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya (tiga kanan) pada majlis undian peringkat suku akhir Piala FA di Sri Pentas, semalam. FOTO BERNAMA
PENGACARA rancangan Nasi Lemak Kopi O Faisal Ismail (tengah) bersama tetamu undangan NLKO Janna Nick (dua kiri) dan bekas pemain kebangsaan Rezal Zambery Yahya (tiga kanan) pada majlis undian peringkat suku akhir Piala FA di Sri Pentas, semalam. FOTO BERNAMA
Firdaus Hashim


Kuala Lumpur: Johor Darul Ta’zim (Johor DT) menempah laluan cukup berliku untuk mempertahankan mahkota Piala FA musim ini apabila diundi bertemu juara 2014, Pahang pada suku akhir secara timbal balik bermula hujung bulan ini.

Walaupun skuad Harimau Selatan itu akan tampil selaku pasukan pilihan dalam pertemuan itu nanti, peningkatan mendadak pasukan Tok Gajah sejak dibimbing Dollah Salleh awal musim ini harus mendatangkan kegusaran kepada Benjamin Mora.

Dollah yang dihubungi sebaik selesainya majlis undian di Theatrette Sri Pentas, Damansara Utama semalam berkata, aksi menentang Johor DT itu disifatkannya sebagai satu pertembungan epik dengan kedua-duanya bakal menjanjikan saingan sengit.

“Perlawanan ini pasti hebat. Bukan mudah untuk kedua-dua pasukan meraih kemenangan, malah kami juga sebelum ini pernah kalah 2-3 kepada mereka di Larkin dalam aksi Liga Super dan ia berlangsung amat sengit sekali.

“Saya percaya ia akan berlangsung dalam situasi sama kali ini. Cuma mungkin aksi Piala FA sedikit berbeza kerana ia akan dijalankan secara timbal balik dan itu kelebihan buat kami apabila beraksi di Kuantan nanti.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 13 Mac 2017 @ 7:41 AM