Barcelona: Sergi Roberto berkata dia bermati-matian berusaha untuk menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-95 sekaligus muncul wira Barcelona dalam perlawanan kedua menentang Paris St Germain di Pusigan 16 Liga Juara-Juara, hari ini.
Barcelona yang ketinggalan empat gol selepas perlawanan pertama, menang 5-1 ke atas Paris St Germain segaligus layak ke pusingan seterusnya dengan agregat 6-5.
Barca menjaringkan tiga gol dalam dua minit terakhir termasuk masa tambahan untuk menjadi skuad pertama dalam Kejohanan Liga Juara-Juara berjaya mengatasi defisit 4-0 perlawanan pertama.
Perlawanan itu turut dianggap antara kemenangan 'comeback' paling hebat.
Roberto, 25, berkata, dia cuba sedaya upaya dan buat apa sahaja yang boleh.
"Kami meninggalkan Paris dengan perasaan kecewa tetapi sekarang, sangat menakjubkan. Kami bersedia untuk semua ini. Peminat seperti 10 pemain tambahan dan ini semua untuk mereka," katanya kepada BeIN Sports Sepanyol.
Sementara itu, pemain tengah Ivan Rakitic berkata, Barca membuktikan kelab itu masih "terbaik di dunia" selepas penghinaan di Paris tiga minggu lalu.
"Gilanya. Selepas Paris, ramai mengkritik pasukan kami tetapi malam ini istimewa. Kami mencipta sejarah.
"Kami tahu kami pasukan terbaik di dunia," katanya kepada BT Sport.
Pemain pertahanan Barca, Samuel Umtiti berkata, dia tidak pernah melihat keadaan seperti ini.
"Hanya dalam dunia sukan anda boleh hidup melalui emosi seperti ini.
"Kami tahu bagaimana untuk mencabar mereka, kami memaksa mereka berlari dan kami bersedia.
"Kami kalah perlawanan pertama tetapi jika kami bermain seperti ini, ia akan menjadi rumit untuk mengalahkan kami," katanya kepada BeIN Sport.
Gol pembukaan Luis Suarez, gol sendiri Layvin Kurzawa dan penalti Lionel Messi merapatkan defisit empat gol perlawanan pertama.
Bagaimanapun, rembatan Edinson Cavani selepas sejam bermain seolah-olah menjadi gol tempat lawan yang penting untuk PSG.
Namun, Neymar cepat menjaringkan dua lagi gol untuk menggembirakan hampir 100,000 penyokong di Camp Nou sebelum gol Roberto mengesahkan kemenangan.
Apa lagi kata-kata dari Nou Camp:
"I threw myself at it with everything. We left Paris (after the first leg) very down and now this is incredible. We were prepared for all this. The fans were like 10 extra players and in the end this is all for them."
- Sergi Roberto.
"It's the best match I have ever played in my life."
- Neymar
"I think that no one would have believed in it. Seeing the team's dedication throughout the game, even though we conceded a goal. I believe the players were exceptional at all levels."
- Luis Enrique
"It is a difficult night to explain with words. It was a horror movie, not a drama, with a Camp Nou that I have seen very few times as a player or coach."
- Enrique