Mangsa menerima rawatan di HKKB. FOTO Amrullah Abdul Karim
Mangsa menerima rawatan di HKKB. FOTO Amrullah Abdul Karim
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang daripada 50 pendaki Bukit Kutu terpaksa dibawa turun dengan bantuan bomba akibat kecederaan pada pergelangan kaki kanannya, malam tadi.

Nur Azirah Abidin, 21, mengalami kecederaan akibat terjatuh ketika mendaki ke puncak bukit.

Pegawai Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu Rosdi Shafie berkata, operasi mengambil mangsa membabitkan 13 anggota bomba dan tiga polis.

"Mangsa dibawa turun jam 9 malam sebelum dihantar ke Hospital Kuala Kubu Bharu (HKKB)," katanya.

Beliau berkata, semua pendaki itu adalah kakitangan Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA) Kelana Jaya terdiri daripada 20 wanita dan 30 lelaki berusia antara 19 hingga 56 tahun.

Kumpulan itu memulakan pendakian jam 8 pagi semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 5 Mac 2017 @ 1:07 PM