IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Seorang daripada 13 pendaki yang mendaki Bukit Kutu, di sini, hari ini, terpaksa dibawa turun dengan bantuan bomba akibat kekejangan otot.

Kejadian ketika 13 pendaki itu dalam pendakian ke puncak bukit, pada 4.30 pagi.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Kamil Hamadan berkata, bomba menerima panggilan pada 4.42 pagi.

Katanya, operasi mencari dan menyelamat (SAR) membabitkan lapan anggota.

IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia
IHSAN Bomba dan Penyelamat Malaysia

"Ketika tiba di lokasi pada jarak kira-kira enam kilometer dari pusat operasi terdapat 13 pendaki iaitu enam lelaki dan tujuh perempuan sedang menunggu bantuan,” katanya.

Menurutnya, anggota kemudian mendapati Nurnadia Ezzati Saa'ari, 24, tidak boleh berjalan kerana mengalami kekejangan otot dari pinggang hingga kaki.

Beliau berkata, mangsa dibawa turun menggunakan pengusung dan tiba di pusat operasi pada kira-kira 9 pagi.

Katanya, mangsa kemudian diserahkan kepada anggota ambulans untuk dibawa ke Hospital Kuala Kubu Bharu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 5 November 2016 @ 5:05 PM