ANNA menyuapkan makanan kepada bapanya yang terlantar. FOTO Agensi
ANNA menyuapkan makanan kepada bapanya yang terlantar. FOTO Agensi
Agensi

Manila: Usianya baru 11 tahun namun Anna Marie Roga yang menetap di ibu kota ini mengenal erti tanggungjawab menggalas tugas menjaga bapanya yang terlantar.

Memetik portal World of Buzz, kanak-kanak itu sanggup mengorbankan zaman kanak-kanaknya apabila meluangkan banyak masa menjaga bapanya itu.

Bapanya terlantar sepenuhnya, tidak berupaya bergerak mahupun bercakap memerlukan kanak-kanak itu menguruskan keperluannya.

ANNA mengendong bapanya untuk diletakkan atas kerusi roda sebelum membawanya ke tempat kerja ibu. FOTO Agensi
ANNA mengendong bapanya untuk diletakkan atas kerusi roda sebelum membawanya ke tempat kerja ibu. FOTO Agensi

Setiap hari, Anna memandikan, menyiapkan dan menyuap bapanya makan tanpa mengenal erti penat.

Dia juga perlu mengendong dan membawa bapanya menggunakan kerusi roda ke tempat kerja ibunya sebelum ke sekolah.

Menurut sebuah portal Indonesia, Viva, kanak-kanak itu mengalirkan air mata melihat keadaan bapanya manakala lelaki itu turut menangis ketika ditemuramah seorang wartawan tempatan.

Rakaman video rutin harian kanak-kanak itu menguruskan bapanya dikongsikan di laman Facebook Reporter’s Notebook.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 14 Mac 2020 @ 9:23 AM