KEADAAN kereta dipandu mangsa yang remuk akibat melanggar pokok. FOTO ihsan Bomba
KEADAAN kereta dipandu mangsa yang remuk akibat melanggar pokok. FOTO ihsan Bomba
Amrullah Abdul Karim


Kuala Kubu Bharu: Pekerja kilang cedera apabila tersepit di dalam kereta dipandunya yang terbabas dan melanggar pokok di simpang Ladang Antara Gapi, Serendah di sini, 6.30 pagi tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Nazirul Fariz Abd Rahman, 21, yang memandu bersendirian dalam perjalanan ke tempat kerjanya di Sungai Choh.

Ketua Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu, Rosdi Shafie berkata, pihaknya menerima panggilan pada 6.43 pagi sebelum sebuah jentera dengan kekuatan enam anggota bergegas ke lokasi.

"Kemalangan dipercayai berlaku akibat terbabas sendiri dan melanggar pokok menyebabkan mangsa tersepit di tempat duduk pemandu.

"Bomba mengambil masa 15 minit untuk mengeluarkan mangsa yang tersepit," katanya.

Menurutnya, mangsa diserahkan kepada pihak ambulans untuk tindakan selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Februari 2017 @ 10:11 AM