FOTO ihsan pembaca
FOTO ihsan pembaca
Oleh Amrullah Abdul Karim

Kuala Kubu Bharu: Ibu anak tiga maut dalam kemalangan di persimpangan lampu isyarat Antara Gapi, di sini, 10.50 malam tadi.

Kejadian berlaku ketika mangsa, Noradilah Abdul Rahman, 29, yang menunggang motosikal bersama adik bongsu serta bayinya berusia 10 bulan dalam perjalanan ke Batang Kali dekat sini.

Menurut adik mangsa, Syafiqah Abdul Rahman, 22, motosikal dinaiki mereka terbabas selepas melalui kawasan berpasir berdekatan lampu isyarat berkenaan.

"Kami terjatuh di tepi jalan. Saya sempat selamatkan bayi kakak.

"Tetapi tiba-tiba sebuah kereta melanggar kakak sehingga dia tercampak ke tengah jalan raya dan meninggal dunia kerana cedera parah di kepala," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 6 Julai 2015 @ 9:05 AM