GAMBAR Scha bersama Awal yang menampakkan seolah-olah perut Scha besar. FOTO Instagram Awal
GAMBAR Scha bersama Awal yang menampakkan seolah-olah perut Scha besar. FOTO Instagram Awal
Sudirman Mohd Tahir


Kuala Lumpur: Gara-gara sekeping gambar menampakkan perut Scha Alyahya seolah-olah besar, pelakon itu dihujani ucapan tahniah kerana disangka hamil.

Bagaimanapun, Scha, 34, menafikan perkara itu dan menyifatkan ucapan yang diterima sebagai satu doa buat dirinya dan suami yang juga pengacara dan pelakon Awal Ashaari.

Berita Scha dikatakan hamil mula tular sejak semalam apabila gambar yang dimuat naik Awal di Instagram beserta kapsyen #tilljannah mengundang pertanyaan dan ucapan tahniah di ruangan komen laman sosial itu.

Scha yang mengenakan pakaian berwarna maroon daripada baldu itu menampakkan perutnya seperti besar.

"Kalau betul saya mengandung takkan saya selalu bersenam di gimnasium. Sudah tentu saya banyak berehat. Saya belum hamil lagi. Mungkin keadaan baju yang saya pakai itu membuatkan saya kelihatan besar sehingga peminat bersangka sedemikian.

"Saya tak marahkan suami yang memuat naik gambar di Instagram miliknya. Cuma tak sangka ia menimbulkan persoalan banyak pihak. Apa pun saya berterima kasih di atas ucapan dan doa yang diberikan," katanya.

Scha yang juga pelakon drama Urusan Hati Cik Drama Queen tidak akan berahsia sekiranya dia betul hamil anak kedua.

"Memang selama ini peminat dan orang sekeliling selalu bertanyakan bila nak dapatkan anak kedua. Bukan tak mahu, tapi belum ada rezeki ke arah itu," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 7:05 PM