KUALA LUMPUR 23 OGOS 2020. Selebriti, Scha Elinnea yang menaung di bawah syarikat Absolut Talemts & Management pada majlis mou perjanjian diantara pihak pengerusan, selebriti dan rakan penaja.NSTP/ROHANIS SHUKRI.
KUALA LUMPUR 23 OGOS 2020. Selebriti, Scha Elinnea yang menaung di bawah syarikat Absolut Talemts & Management pada majlis mou perjanjian diantara pihak pengerusan, selebriti dan rakan penaja.NSTP/ROHANIS SHUKRI.
Najiy Jefri


PELAKON Scha Elinnea yang kerap berpenampilan seksi dalam media sosial mengakui keluarganya tidak kisah dengan tindakannya itu kerana mereka lebih terbuka dalam soal itu.

Scha yang dikenali menerusi drama bersiri Nasi Kerabu Untuk Che Abe, Tuan Danial, Cik Reen & Encik Ngok Ngek berkata, dia ada menerima komen daripada warganet yang mempersoalkan penerimaan keluarga terhadapnya.

Scha berkata, tiada sebarang isu membabitkan penampilan dirinya dengan ahli keluarga kerana mereka bersikap terbuka dan mengikuti perkembangannya di sosial media.

"Keluarga saya jenis tak kisah dan mereka tahu saya kerap berpenampilan seksi, malah ibu saya sendiri mengikuti saya di media sosial.

"Keluarga saya bersikap terbuka, asalkan saya tak buat perkara yang boleh menjatuhkan maruah keluarga seperti mengambil dadah, berkhalwat atau hamil anak luar nikah.

"Malah peminat juga tiada masalah apabila melihat saya memakai pakaian seksi. Mereka menyokong penampilan yang saya gayakan," katanya.

Menurut Scha, walaupun dikecam berpenampilan seksi, namun dia tidak cepat melatah sebaliknya lebih selesa menjadi diri sendiri.

"Buat apa saya nak kawal penampilan disebabkan orang lain. Bagi saya, kalau saya nak tutup, biarlah ikhlas dari dalam diri sendiri.

"Bagaimanapun, ia tidaklah bermakna saya akan sentiasa berpakaian seksi. Kalau saya ke pantai dan memakai bikini, maka dengan bikinilah gambar saya," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 September 2020 @ 5:20 PM