GOL tunggal jaringan Vardy (kanan).
GOL tunggal jaringan Vardy (kanan).
Reuters

Seville: Jurulatih Leicester City, Claudio Ranieri percaya pasukannya boleh dianggap bernasib baik walaupun tewas 1-2 di tangan Sevilla pada aksi Liga Juara-Juara awal pagi semalam.

Juara bertahan Liga Perdana Inggeris itu perlu berterima kasih kepada Jamie Vardy yang menjaringkan gol tunggal pasukannya ketika perlawanan di dominasi sepenuhnya oleh tuan rumah.

Kecemerlangan penjaga gol Kasper Schmeichel yang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Sevilla memastikan Leicester tidak dibelasah pada babak pertama dan dua rembatan pemain tuan rumah sekadar singgah di palang pada babak kedua.

Sevilla dijangka menang besar apabila Joaquin Correa menambah gol kedua selepas tandukan Pablo Sarabia menghasilkan gol pembukaan tuan rumah tetapi Vardy menyempurnakan satu-satunya peluang Leicester di hujung permainan.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 6:34 AM