AHMAD Bashah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan juara Kenari Kid Kubang Pasu.
AHMAD Bashah (dua dari kiri) menyampaikan hadiah kepada pasukan juara Kenari Kid Kubang Pasu.

Kubang Pasu: Pasukan bola sepak Kenari Kid Kubang Pasu membuktikan kejaguhan mereka apabila muncul juara Kategori Bawah 12 Kejohanan Bola Sepak Program Asuhan Bakat Muda Kedah dengan menumpaskan Kenari Kid Langkawi, 1-0 pada aksi final di Stadium Mini Jitra, baru-baru ini.

Pengurus pasukan, Mohamad Fakhzan Salleh berkata, latihan diterapkan kepada pemain cilik ini pada setiap pagi Jumaat dan Sabtu membentuk persefahaman baik dalam kalangan mereka dengan menggondol beberapa pertandingan sebelum ini.

Kejohanan anjuran Persatuan Bola Sepak Kedah (KFA) dan Majlis Sukan Negeri Kedah bersempena Majlis Penutupan Sukan Kedah 2016 ini disertai 14 pasukan Kenari Kid dan Majlis Sukan Daerah dari seluruh Kedah.

“Ia juga sebagai bakal pemain masa depan yang akan mewakili Kedah,” kata Fakhzan selepas majlis penyampaian hadiah kejohanan terbabit.

Sebagai juara, Kenari Kid Kubang Pasu membawa pulang RM600 manakala Kenari Kid Langkawi RM400. Majlis Sukan Daerah Baling dan Majlis Sukan Daerah Kulim pula berkongsi tempat ketiga dengan masing-masing menerima RM200.

Hadiah disampaikan Menteri Besar Kedah Datuk Seri Ahmad Bashah Md Hanifah.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 Februari 2017 @ 5:05 AM