Keadaan basikal mangsa yang rosak akibat dirempuh motosikal. FOTO ihsan polis
Keadaan basikal mangsa yang rosak akibat dirempuh motosikal. FOTO ihsan polis
Iskandar Shah Mohamed


Kuala Langat: Seorang kanak-kanak lelaki maut apabila basikalnya dirempuh motosikal ketika menyeberangi jalan di Jalan Rajawali, Teluk Panglima Garang, di sini, semalam.

Kejadian jam 5.55 petang itu menyebabkan Muhammad Farish Shamim Muhamad Azmi, 7, cedera teruk di badan dan disahkan meninggal dunia di Unit Kecemasan Hospital Banting.

Ketua Polis Daerah Kuala Langat Superintendan Azizan Tukiman berkata, siasatan awal mendapati mangsa dilanggar Yamaha RXZ ditunggang lelaki berusia 21 tahun dari arah Batu 10 Kampung Kebun Baru menghala ke Batu 9.

"Penunggang motosikal itu tidak sempat mengelak mangsa yang melintas jalan," katanya di sini, hari ini.

Azizan bagaimanapun menafikan dakwaan kejadian itu membabitkan kes langgar lari seperti tular di media sosial.

"Penunggang motosikal itu tidak menghilangkan diri dan sudah tampil membuat laporan polis bagi membantu siasatan," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 12 Februari 2017 @ 6:06 PM