Kediaman keluarga Hayati sunyi. FOTO detiknews
Kediaman keluarga Hayati sunyi. FOTO detiknews

Surabaya: Saudara kepada salah seorang penumpang wanita pesawat AirAsia Indonesia QZ8501 yang jasadnya sudah dikenal pasti berharap anak wanita itu pula segera ditemui.

Fany Meilinda, 29, berkata, anak perempuan Allahyarham Hayati Lutfiah, Naura Kanita Rosada Suseno, 10, memakai tiga cincin Hello Kitty di jarinya.

Katanya, dia mengenal pasti jasad Hayati menerusi gelang dan cincin emas yang dipakai dan berharap pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dapat menemui Naura.

"Naura memakai tiga cincin Hello Kitty di jarinya," katanya ketika ditemui detiknews di rumahnya di Jalan Praban Wetan, di sini, petang ini.

Hayati menaiki pesawat berkenaan bersama Naura, suaminya, Djoko Suseno, dan ibu mentuanya, Soemanik Saeran.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 31 Disember 2014 @ 6:31 PM