Pasukan SAR berkumpul di lokasi mangsa menjala ikan. FOTO ihsan bomba.
Pasukan SAR berkumpul di lokasi mangsa menjala ikan. FOTO ihsan bomba.
Mohd.Rizal Abdullah


Santubong: Lelaki berusia 55 tahun yang hilang ketika menjala ikan di Sungai Santubong semalam, ditemui mati dengan keadaan badan terputus dua dipercayai diserang buaya, pagi tadi.

Mayat Selamat Raub ditemui pada jam 10.29 pagi tadi oleh pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira tiga kilometer dari lokasi mangsa menjala.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak Farhan Sufyan berkata, hanya separuh badan iaitu bahagian pinggang ke kaki yang ditemui setakat ini.

Menurutnya, pasukan SAR masih berusaha mengesan separuh lagi anggota badan mangsa.

Semalam, mangsa dilaporkan hilang ketika menjala ikan di kawasan tebing sungai itu.

Kejadian disedari keluarga pada jam 5 petang apabila mangsa tidak pulang ke rumahnya.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 9 Februari 2017 @ 12:39 PM