MANGSA yang terselamat. FOTO ihsan Bomba
MANGSA yang terselamat. FOTO ihsan Bomba
Rabi 'Atul 'Adawiyah Ismail


Santubong: Seorang lelaki ditemui selamat, pagi tadi selepas lebih 19 jam dilaporkan hilang.

Mangsa Rizal Karim, 35, ditemui pada 7.30 pagi di kawasan Serait, kira-kira satu kilometer dari lokasi dia dilaporkan hilang di Pulau Angkang.

Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak, Farhan Sufyan Borhan berkata, mangsa menghubungi rakannya meminta bantuan.

"Sembilan penduduk kampung bersama Pasukan Bomba Sukarela (PBS) Bako pergi ke lokasi itu untuk mengambil mangsa.

"Mangsa kemudian dihantar pulang ke rumahnya di Kampung Bako di sini," katanya.

Dengan penemuan mangsa, operasi mencari dan menyelamat (SAR) ditamatkan.

Rizal dilaporkan hilang dipercayai tersesat ketika berhenti berehat di Pulau Angkang, di sini, 12 tengah hari semalam.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 7 April 2016 @ 10:56 AM