PENGGEMPUR Spurs yakin benam Liverpool dalam misi rapat jurang dengan Chelsea.
PENGGEMPUR Spurs yakin benam Liverpool dalam misi rapat jurang dengan Chelsea.
Agensi

London: Harry Kane bercadang memusnahkan hasrat Liverpool memburu kejuaraan Liga Perdana Inggeris apabila Tottenham bertandang ke Anfield, Sabtu ini.

Kemenangan buat Spurs akan meletakkan mereka tujuh mata di depan Liverpool, yang mungkin boleh ketinggalan 16 mata di belakang pendahulu liga Chelsea jika Blues menewaskan Burnley sehari kemudian.

Tottenham mengintai peluang mereka apatah lagi anak buah Juergen Klopp hanya menang sekali dalam 10 perlawanan terakhir mereka dengan kemerosotan mereka terserlah selepas kecundang 0-2 di tangan kelab bermasalah Hull, Sabtu lalu.

Anak buah Mauricio Pochettino, di samping Manchester City yang melakukan kebangkitan, muncul sebagai pencabar sejati untuk menyekat hajat Chelsea namun mereka tidak boleh membenarkan jurang sembilan mata menjadi lebih besar.

“Ia perlawanan penting buat kami. Kami mahu menjarakkan jurang dengan Liverpool dan jika kami mengalahkan mereka maka kami berada tujuh mata di depan mereka,” kata Kane.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 8 Februari 2017 @ 7:11 AM