ERIKSEN (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AP
ERIKSEN (tengah) meraikan jaringan bersama rakan sepasukan. FOTO AP
AFP

London: Harry Kane memberi amaran kepada Chelsea bahawa Tottenham tidak akan berhenti berjuang merebut kejuaraan Liga Perdana Inggeris selepas mereka merapatkan jurang kepada pendahulu itu dengan kemenangan getir 1-0 di Crystal Palace, awal pagi semalam.

Dengan berbaki 12 minit, Tottenham berada dalam bahaya mensia-siakan peluang untuk menekan pendahulu Chelsea ketika mereka berhempas-pulas untuk memecah kedegilan Palace.

Namun sepakan jarak jauh menakjubkan Christian Eriksen membantu Tottenham meraih kemenangan kelapan liga berturut-turut untuk melonjakkan mereka kembali empat mata di belakang Chelsea dengan baki lima perlawanan.

Dikejut dengan kekalahan pada separuh akhir Piala FA Ahad lalu di tangan Chelsea, pasukan Mauricio Pochettino mengambil masa untuk pulih menentang Palace, namun penyerang Tottenham, Harry Kane percaya kerja keras pasukannya untuk menang membuktikan keazaman mereka mengejar Chelsea.

“Sukar untuk dipercayai. Ini tempat sukar untuk bermain dan kami terpaksa terus berjuang. Kami sedar masa kami akan hadir dan satu jaringan menakjubkan daripada Christian Eriksen,” kata Kane.

Dapatkan akhbar Harian Metro untuk berita selanjutnya.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 28 April 2017 @ 6:13 AM